Jangan

Posted by Zawawi Japilos | 4:54 PM

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Wassalam

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya

Posted by Zawawi Japilos | 4:41 PM

Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" (Al-Hadid : 18)

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
" Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan" (Al-Maidah : 2)

Namun demikian, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang tersebut kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini sehinggalah ke akhirat kelak.

Mengapakah Anda Berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah :-

1) Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2) Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang, lantaran itu ia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanyalah untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3) Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4) Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5) Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan metarial dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu merupakan keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis iaitu :-

Maksudnya :
"Daripada Abu Hurairah R.A., berkata seseorang ; Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik ?, Baginda bersabda 'Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya. "

Tetapi jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan merupakan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah ia berhutang, kerana hanya akan menambahkan bebanan lebih-lebih lagi jika melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba'.


Implikasi Amalan Berhutang

1) Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusiayang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3) Seseorang yang terbeban dengan hutang itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4) Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah S.A.W :-

Maksudnya :
"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya ".

Rasulullah S.A.W pernah berwasiat kepada para sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :-

Maksudnya :
'Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas'

5) Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia berpanjangan hingga ke hari akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W :-

Maksudnya :
" Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi "

6) Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :-
"Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. " (Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah S.A.W sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah S.A.W satu jenazah, Rasulullah S.A.W tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.


Contoh - contoh Dalam Situasi Berhutang

Pelbagai contoh dan situasi behubung dengan hutang yang boleh kita teladani dan insafi antaranya ialah :-

1. Seseorang peniaga membuka sesuatu perniagaan dan memberi kemudahan berhutang kepada pelanggan-pelanggan, setelah tiba tempoh pembayaran hutang tersebut, mereka gagal berbuat demikian, perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kerumitan kepada peniaga tersebut untuk meneruskan perniagaan sehingga boleh menyebabkan perniagaan itu ditutup.

2. Seseorang yang diterima untuk melanjutkan pengajian dengan mendapat pinjaman biasiswa. Setelah membuat perjanjian untuk membayar balik pinjaman tersebut dan setelah sampai tempohnya , dia mengabaikan perjanjian itu. Perkara ini akan menimbulkan kesukaran kepada pihak yang memberi pinjaman untuk meneruskan perkhidmatan seperti itu kepada generasi yang akan datang.

3. Bayangkanlah jika seseorang itu berhutang dengan institusi kewangan yang berkaitan dengan orang ramai umpamanya pinjaman kewangan kerajaan atau koperasi sudah pasti ia akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan apabila tiba hari pengadilan di hadapan Allah S.W.T kerana melibatkan ramai pihak. Oleh itu kita perlu berhati-hati dalam hal berhutang supaya tidak tergolong dalam golongan-golongan yang tersebut di atas.

Implikasi Melewat-lewatkan Bayaran Hutang

Apabila seseorang itu berhutang, maka ia wajib membayarnya semula dengan kadar segera setelah berkemampuan berbuat demikian.

Islam menganjurkan antara perkara-perkara yang wajib disegerakan di atas dunia ini ialah membayar segala hutang piutang selain daripada menyegerakan pengkebumian jenazah dan mengkahwinkan anak perempuan.

Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam kehidupannya bukan sahaja didunia bahkan di akhirat antaranya:-

1) Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya
2) Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T
3) Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim
4) Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasululah S.A.W:

Maksudya:-
" Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya adalah satu kezaliman, halal maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)."

Seseorang yang berhutang itu, telah berjanji untuk membayar hutang mengikut sesuatu tempoh, tetapi dia tidak menepatinya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang munafik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

" Tanda-tanda orang munafik itu ada empat iaitu;
1) Apabila bercakap dia mendustainya
2) Apabila berjanji dia memungkirinya
3) Apabila diberi amanah dia mengkhianatinya
4) Apabila bergaduh dia berlebih-lebihan. "


Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir masyarakat yang berhutang, tetapi tidak menjelaskan hutang tersebut. Seringkali kita dengar dan lihat melalui laporan media cetak dan elektronik menerangkan tentang situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai bahaya bukan sahaja kepada dirinya malah turut melibatakan ahli keluarga yang menjadi mangsa seperti diugut, dipukul, disamun, dibunuh dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, pinjaman hutang yang terlalu tinggi ditambah pula dengan bunga-bunganya menyebabkan si pemiutang tidak mampu untuk membayarnya. Disebabkan tidak tahan melalui semua itu, mereka mengambil jalan pintas dengan membunuh diri dan ada juga dikalangan mereka yang dibunuh dengan kejam.

Syor Dan Saranan

• Setiap orang diharuskan berhutang tetapi harus diingat janganlah nilai hutang itu terlalu tinggi sehingga membebankan diri sendiri apabila hendak membayarnya.

• Setiap hutang akan melibatkan pemberi dan pemiutang. Bagi menjamin hubungan mesra sesama manusia, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab si pemiutang untuk membayar semula apabila sampai tempoh perjanjiannya. Allah S.W.T berfirman :-

Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian" (Al-Ma'idah : 1 )

• Pihak yang memberi hutang perlu mewujudkan satu perjanjian atau kontrak semasa berlakunya 'akad. Ini bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan berlaku seperti tidak langsung membayar semula hutang tersebut. Allah berfirman:-

Maksudnya :
" Wahai orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu makan hendaklan kamu menulis (perjanjian hutang dan bayaran) dan hendaklah ditulis oleh seorang yang adil dan janganlah sesorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah mengajarkan. Hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang merencana dengan jelas dan hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutangnya itu" (Al-Baqarah : 282)

• Orang yang berhutang hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab di atas hutangnya. Jangan sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang tersebut apabila mempunyai peluang untuk membayar hutang kerana perbuatan tersebut digolongkan dalam perbuatan zalim dan dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya itu.

• Orang yang berhutang hendaklah tidak terpengaruh dengan anasir-anasir buruk yang boleh membawa kepada bebanan hutang. Ia perlu mengamalkan sikap sabar dan cukup dengan apa yang dimiliki.

• Seseorang yang ingin berhutang hendaklah berniat serta bercita-cita untuk melunaskan hutangnya, semoga Allah akan memudahkan kepadanya untuk menjelaskan hutang.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

" Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya dihari Kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka diambillah amal kebaikkan orang itu, dan diberikan kepada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kabaikkan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu akan diberikan kepada orang yang berhutang"

• Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauh dan dibebaskan dari belenggu hutang dengan doanya yang masyhur:-

Maksudnya :
" Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindunganMu dari bebanan hutang dan paksaan dari orang yang memaksa"

Marilah kita bersama-sama menunaikan amanah ini dengan yang dipertanggungjawabkan itu dengan penuh rasa kejujuran dan komited agar dengannya kita bebas daripada tanggungan hutang serta mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. di akhirat kelak insyaAllah.

Kesimpulan

• Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam erti kata lain pembayaran hutang merupakan suatu syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

• Seseorang yang berhutang hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah S.W.T akan memudahkan baginya untuk membayar hutangnya.

• Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika mempunyai peluang untuk membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim.

• Kita mesti mempunyai sifat syukur kepada Allah S.W.T. dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat.

Iman Semut & Manusia

Posted by Zawawi Japilos | 4:38 PM

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu
peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas
batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup
di atas batu yang kering
di
tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi
Allah Sulaiman pun
bertanya
kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk
kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH,
aku percaya rezeki di
tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang
pasir yang tandus ini
ada
rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "
Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?
Apakah yang engkau gemar
makan?
Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji
gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau
kamu makan hanya sebiji
gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku
boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,
dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi
ambil gandum sebiji, dibubuh

dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal
semut didalam bekas
dengan
sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat
gandum sebiji tadi
hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi
Allah Sulaiman
menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!.
Bulan lalu kamu kata kamu
makan
sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi
kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak
berbohong, kalau aku ada
di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga
banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari
sendiri dan rezeki itu
datangnya
daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa
padaku. Tetapi bila kamu
masukkan
aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku
tak
percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan
setengah sahaja supaya
tahan dua
bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah
yang kerjanya mengorek
kubur
orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan
kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh
itu kubur perlu
digali
dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini
ialah dia tidak gali
kubur
untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris sudah lama balik
kerumah
dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah
penggali ini datang ke kubur
untuk
korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah
di INTERVIEW oleh Munkar
Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50
kubur sampai 100
kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan
bertanya
kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada
100kubur orang Islam yang aku
gali,
dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih
berhadap kiblat. Yang
98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam
Suffian:" Diakhir zaman
hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki
itu di tangan Allah. 98
orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan
Tuhan". Itulah
sebabnya
apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN
duit yang banyak, biasanya,
iman
dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat
dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH
BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU
MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA
HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA
DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA
DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN".

Sex - Islamic Way (18SX)..

Posted by Zawawi Japilos | 4:31 PM

Seks Cara Islam


Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya.Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan
pembacaan:


1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri,bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah.Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllah isteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan. Rasulullah s.a.w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkan kepada isterinya engkau dengan tenang .


2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika
berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s.a.w., kernalah ia juga akan
membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: "Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)". Posisi inilah
yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.


4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami dalam keadaan terlentang sementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suamiakan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar
habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk juga oleh perubatan moden.


5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil,sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya(kelentit).Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kenamengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana
itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki, dan ini dipersetujui juga oleh perubatan
moden.


6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing~Banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda.Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi.Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih benseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang masih umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.


7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan,kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot
perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima


8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah
buah dada dan barah rahim,tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya,
otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

SELAMAT MENCUBA DAN BERIKHTIAR

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi
menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang
halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.


Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'.Batang zakar harus sentiasa panas.


Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi,melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.


Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan.Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.


Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.


Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.


Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.


Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.


Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.


Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.


Kurangkan dari memakan Pisang Embun.


Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana
ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

Elakkan dari buangair ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu
kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.


Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan
melemahkan zakar.


Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar,tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.


Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.


Jangan jima' di dalam air.


Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.


Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.


Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.


Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.


Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.


Petua lebih tua dari Ilmu !!!

Balasan segera derhaka kepada ibu

Posted by Zawawi Japilos | 4:08 PM

MINGGU ini kita meraikan Hari Ibu. Sebenarnya, kita perlu meraikan ibu setiap masa, bukan menunggu hari tertentu. Namun, kadang-kala ada yang terlupa untuk berbuat demikian kerana sebab tertentu. Dengan adanya Hari Ibu, mungkin lebih ramai lagi yang akan terus mengingati ibu mereka.


Apa pun, kasih ibu kepada anak sepanjang masa. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar.

Begitu juga selepas dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Jika sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita.
Kasih ibu sejati tiada bandingan dan boleh dinilai dengan harta benda atau wang ringgit.
Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.

Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”
Baginda menjawab: “Ibumu.”
Lelaki itu kembali bertanya: “Kemudian siapa?”
Nabi menjawab: “Ibumu.”
Lelaki itu terus bertanya: “Kemudian siapa?”
Nabi menjawab lagi: “Ibumu.”
Sekali lagi lelaki itu bertanya: “Kemudian siapa lagi? “
Nabi menjawab pula: “Kemudian bapamu.”

Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.

Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.
Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri.
Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).

Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

Dua kisah berikut cukup untuk mengingatkan kita supaya menghormati, menyanyangi dan melebihkan ibu. Ia patut dijadikan iktibar supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu.

l-Kisah yang berlaku kepada ahli ibadat daripada keturunan Bani Israel bernama Juraij

Beliau berhadapan dengan fitnah besar hanya kerana mementingkan sembahyang sunat daripada menyahut panggilan ibunya.

Akhirnya, beliau difitnah oleh seorang pelacur yang mendakwa mereka ada hubungan sulit hingga melahirkan anak. Mujurlah dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh bercakap dan menceritakan siapakah bapanya yang sebenar.

2-Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah juga perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.

Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut.
Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup.
Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya.
Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.

Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung.
Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.
Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun. Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa takjub bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.”
Lantas Baginda ditanya: “Bagaimana seorang itu mengutuk ibu bapanya?
Jawab baginda: “Apabila orang itu memaki-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ayahnya. Kemudian dia memaki-maki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ibunya!”

Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: “Barang siapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati kedua-duanya jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang disuruh asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar.Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.
Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita.

Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.
Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat.Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.
Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.


Ingatlah pesanan Rasulullah: “Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.”

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.

Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahwa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"

"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.

"Segera katakan apakah itu." Desak raja.

"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia

Posted by Zawawi Japilos | 5:36 PM

¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
¨ Ujub dan sombong.
¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.